Laut Aral yang terletak diantara 2 negara Kesatuan Soviet iaitu Uzbekistan dan Kazakhstan banyak menyimpan cerita. Laut Aral kini telah menyusut dan lenyap.

Ramai yang tidak tahu mengenai Laut Aral ini. Sejak tahun 1960-an, Laut Aral menyusut kerana telah belaku bencana sehingga perairannya menyusut sehingga 80% daripada volumenya. Dan kini Laut Aral telah lenyap sama sekali dan menjadi gurun yang luas dan kering serta tandus. Foto satelit mengenai penyusutan Laut Aral pada saat-saat terakhir

Setelah menyusut dan lenyap, laut ini kini menjadi gurun dan menampakkan banyak bangkai-bangkai kapal disana.

Bangkai-bangkai kapal tersebut sebahagian diantaranya tenggelam dan selebihnya telantar begitu saja kerana sudah tak ada air lagi. Bangkai-bangkai kapal yang terbiar di padang pasir bekas Laut Aral

Bagi yang tidak mengenal latar belakang padang pasir ini akan tertanya-tanya mengapa kapal-kapal besar boleh "tersesat" di tengah padang pasir yang kini dikenali sebagai Gurun Aral. Fenomena alam luar biasa ini menjadi daya tarikan utama di Uzbekistan dan Kazakhstan,tapi sayang masih belum diuruskan secara maksimum oleh kerajaan kedua-dua negara sehingga belum dikenali di mata dunia.
Yang tampak hanyalah haiwan-haiwan yang berkeliaran bebas di laman luar biasa ini.







Post a Comment

 
Top