Negara Dubai yang dianugerahi kekayaan yang melimpah ruah, dari rakyatnya hinggalah para pegawai pemerintah tak janggal mendaulatkan kereta sekelas Ferrari dan Lamborghini untuk menunjang prestasi mereka.

Tidak puas dengan sederet kereta-kereta mewah nan gagah di jalanan berturap, Polis Dubai kembali mengukuhkan armada lautnya dengan kenderaan ATV 'dua alam', serta speed boat yang menjanjikan kelajuan di permukaan air.

Melalui sebuah Twitter di akaun GSMxFactory, disingkap bahawa polis negeri minyak itu baru saja melengkapkan armadanya dengan satu unit kenderaan Quadski dan speed boat GCC yang digunakan untuk rondaan di permukaan air.

Quadski merupakan sebuah kenderaan ATV yang juga boleh berfungsi sebagai jet ski. Kenderaan yang hanya memerlukan waktu sekitar lima saat untuk membolehkan berfungsi dari kenderaan darat ke air dan sebaliknya.

Gibbs Quadski hadir dengan mesin buatan BMW dengan siri K1300S yang mampu menghasilkan tenaga 140 horse power (HP) dengan tork 118 Nm. Baik di darat, Quadski dapat memecut dengan kelajuan maskimum 72 km / jam atau 38.9 knot semasa di air.

Post a Comment

 
Top