Begich towers ialah sebuah bangunan apartmen yang terdiri daripada 14 tingkat. Usia bangunan yang sudah cukup tua tetapi di dalamnya masih ramai penghuni yang menghuninya. Dari pandangan luarnya memang tak ada sesuatu yang aneh dengan bangunan ini. Tapi bila ditinjau di bahagian dalamnya mungkin akan membuat anda heran dan bertanya-tanya.

Dalam pangsapuri tua ini terdapat beberapa kemudahan yang diperlukan oleh sebuah bandar.di dalamnya terdapat klinik kesihatan, kedai-kedai, ladang kecil, sekolah, gereja, taman permainan kanak-kanak, sehingga pejabat polis ada di situ.

Terletak di Whittier, Alaska, sebuah bandar kecil yang terselit di antara pergunungan, dengan penduduk sekitar  200 orang, hampir seluruh warga kota kecil tersebut berada di dalam bangunan pangsapuri itu. Tempat tinggal sekaligus tempat bekerja ada di sana. Itulah sebabnya mengapa di dalam pangsapuri tua itu terdapat beberapa kemudahan yang biasanya ada pada sebuah bandar.

Apartemen Begich Towers 14 tingkat tersebut dibangun pada tahun 1956. Dahulunya berfungsi sebagai berek angkatan tentera darat. Kemudian berubah menjadi sebuah apartmen yang menempatkan warga kota.







Post a Comment

 
Top