Acara melagakan kepala antara dua individu dilakukan di sebuah tempat di Nusa Tenggara Barat  yang diamalkan oleh masyarakat Bima.  Acara pelik ini diadakan pada setiap musim menuai di mana ianya merupakan waktu yang paling sesuai untuk melaksanakan  tradisi unik  ini yang disebut Entubu. Entubu adalah tradisi laga kepala manusia.

Tradisi Entubu atau laga kepala ini merupakan tradisi peninggalan nenek moyang warga Bima di Pulau Sumbawa. Tradisi ini hanya ada di daerah dataran tinggi Kecamatan Wawo dan hanya boleh dilakukan oleh orang-orang tertentu yang sudah dibekalkan ilmu kesaktian atau dari keturunan pahlawan Kesultanan Bima.

Kebanyakan peserta terdiri daripada mereka yang kuat fizikal dan mental dan bernekad untuk berlawan kepala. Tanpa mempedulikan  rasa sakit mereka melagakan kepala satu sama lain.

Dalam ritual Entubu ini, para peserta yang jumlahnya empat hingga enam orang akan diiringi oleh muzik khas penduduk  Bima dan seorang penyanyi  perempuan akan bermadah puisi serta  membacakan jampi mantera yang dilakukan sebelum pertandingan sebenar bermula.  Ini dilakukan untuk tujuan menaikkan semangat para peserta.

Sebelum melakukan ritual Entubu, para peserta yang dipimpin oleh seorang dalang terlebih dulu dan dibekalkan dengan  ilmu kesaktian oleh tok dalang.
Seterusnya, seperti orang kena rasuk,  peserta yang sudah dibekalkan ilmu ini lantas menari-nari mencabar lawannya untuk sama-sama beradu kepala.laga_kepala3
Siap sedia…peserta baru hendak memulakan perlawanan laga kepala
Salah seorang tok dalang  berkata, jika untuk melakukan upacara Entubu ini, dia terlebih dulu harus berpuasa sehingga tiga hari untuk mengetahui waktu dan mendapatkan kesaktian bagi para pengadunya kelak.

Tradisi Entubu yang unik ini memang sudah jarang dilakukan lagi di bandar Bima di sana. Namun kebelakangan ini, para pemuda setempat  cuba menghidupkan semula  tradisi ini  untuk dikembangkan sebagai salah satu cabang kesenian di daerah mereka.

Pertandingan seperti ini sememangnya memerlukan keberanian yang tinggi kerana ianya memberi risiko serta tekanan terhadap kepala setiap peserta. Kalau tidak mempunyai keyakinan, lebih baik jadi penonton sahaja…



Post a Comment

 
Top