Misteri penemuan lubang berapi yang memuntahkan api dan haba yang luar biasa panas di lereng bukit di China.

Penemuan itu menarik ramai Ahli geologi dan media ke gunung yang sunyi sepi di pinggir Urumqi, Xinjiang di Wilayah Autonomi Uyghur di utara-barat China. Lubang berapi ini di katakan baru muncul beberapa minggu yang lalu.

Haba dari dari 'lubang api' telah diukur dengan kepanasan 792C (1457F) dalam jarak dua meter jauhnya, dan begitu hangat menyebabkan pakar-pakar tidak dapat mendekati untuk menentukan berapa dalam lubang itu.

Sesetengah pengguna internet di China memberi jolokan nama 'pintu masuk ke neraka' setelah melihat gambar.

Penduduk tempatan memberitahu media China bahawa mereka telah melihat tanah di kawasan tersebut terasa panas untuk beberapa waktu.

Bukit ini bukan di kawasan gunung berapi, dan pakar-pakar dari Xinjiang Maitian Geologi Biro mengatakan lubang ini mungkin disebabkan oleh lapisan arang batu yang terbakar secara spontan di bawah tanah, yang menyebabkan lapisan permukaan runtuh.

'Fenomena ini mungkin telah wujud di kawasan itu untuk beberapa dekad lalu,' Huang Wei, seorang jurutera dari biro yang menjelaskan.

Tambahnya, asap sering kelihatan dari bawah tanah di atas bukit ini pada musim bunga dan musim luruh.




Post a Comment

 
Top