Siapa yang tidak kenal akan buaya. Gigi yang tajam dan badan yang besar, membuat reptilia ini menjadi salah satu haiwan paling berbahaya. Tetapi tidak di Taga, sebuah desa di Ghana yang buayanya bersahabat dengan manusia.

Di petik dari laman National Commission on Culture Ghana, jabatan kebudayaan di Ghana pernah membincangkan tentang Paga. Paga adalah bandar kecil di Kassena Nankana West District, bahagian utara negara tersebut yang bersempadan dengan Burkina Faso.

Di Paga, ada dua kolam semula jadi yang luas, yang pertama berhampiran kawasan Navrango dan satu lagi di Zengen. Kolam tersebut mengandungi banyak buaya yang panjangnya boleh mencecah 3 meter.

Yang menariknya, masyarakat di paha tidak takut akan reptilia tersebut. Jika anda melihatnya secara langsung, pasti anda akan geleng-geleng kepala. Anak-anak kecil berenang dengan riang di dalam kolam dan kaum wanita mengambil air dengan santainya. Padahal, ada banyak buaya di sekitar mereka.

Percaya tidak percaya, manusia dan buaya di sana seperti mempunyai perhubungan. Dari sejak zaman dulu kala, manusia tidak pernah menyakiti atau mengusir buaya dan sebalik buaya juga tidak pernah menyerang atau memakan manusia.

Ada lagenda menyebutkan, suatu masa ada seorang lelaki di Paga dikejar singa. Sampailah dia di kolam yang mengandungi buaya. Dia lantas meminta sang buaya untuk menyelamatkannya agar terhindar dari di kejar singa. Buaya mengabulkannya, lelaki itu ditolong menyemberangkan ke sebelah kolam dan terhindar dari di kejar singa. Lantas lelaki itu pun berjanji, dia dan keturunannya tidak akan pernah menyakiti buaya.





Post a Comment

 
Top