Hidup ini kadang-kala memang kejam, apatah lagi bagi orang yang sudah tua kerana hanya dianggap menjadi beban oleh keluarganya. Seorang wanita berusia 52 tahun yang berasal dari Yichang, wilayah Hubei, China, tinggal di sebuah gua selama dua tahun seorang diri, kerana keluarganya tidak sanggup untuk menjaga lagi.

Wanita yang bernama Du Meiying tersebut, pada awalnya ditempatkan oleh keluarganya di sebuah rumah kebajikan, kerana tersepit masalah ekonomi.

Namun, tidak lama selepas beliau tinggal di rumah penjagaan itu, Du diusir kerana terlibat perselisihan faham dengan penghuni lain. Sejak saat itu dia tidak mempunyai tempat tinggal, dan tidak ada orang yang pedulikannya lagi, dan keluarganya sendiri pun tidak mahu menjaganya lagi.

Akhirnya beliau ambil keputusan untuk tinggal di dalam sebuah gua. Di dalam gua yang berkeluasan 100 meter persegi tersebut, beliau menjalani kehidupan sehariannya seorang diri. Sementara untuk keperluan hidupnya, setiap bulan Du menerima bantuan wang 100 yuan dari kerajaan.

Selain itu beliau juga menanam sendiri sayuran di sekitar gua, yang benihnya beliau dapat dari petani baik hati disekitar gua tempatnya tinggal. Untuk keperluan air, ia menadah setiap titisan air yang jatuh dari bumbung gua ke dalam besen.



Post a Comment

 
Top