Bagi sesetengah orang, hanya dengan melihat ke bawah dari tingkat 15 sebuah bangunan sudah cukup untuk menaikkan bulu roma mereka, malah mengerikan. Tetapi bagi pemilik sebuah penthouse di Guadalajara, Mexico ini, kengerian itu adalah sesuatu yang harus dihadapi setiap kali mereka duduk di dalam tandas.

Sebabnya kerana tandas ini terletak tepat diatas laluan bekas lift setinggi 15 tingkat yang sudah tidak digunakan lagi.

Yang lebih mengerikan lagi, ketika pemiliknya sedang menggunakan tandas ini, mereka dapat melihat ke bawah melalui lantai lutsinar yang dibuat daripada kaca.

Penthouse mewah ini terletak di atas sebuah bangunan kolonial Mexico dibina sekitar tahun 1970-an di Guadalajara. Hiasan dalaman rumah ini direka oleh arkitek bernama Hernandez Silva Arquitectos.

Post a Comment

 
Top