Bila di sebut masjid, yang terbayang di mata kita adalah bangunan dengan menara yang tinggi. Atau paling tidak bangunan yang berkubah. Tapi sebaliknya pula bagi bangunan ini.

Jika dilihat sekali imbas pasti kita menyangka ini hanya bangunan biasa bagi penduduk di sini. Hakikatnya tidak. Ini sebenarnya adalah masjid di daerah Asaita, Danakil, Ethiopia.

Ia dibina sepenuhnya dengan menggunakan kayu. Tiada simen, batu marmar mahupun ukiran kaligrafi ayat suci Al-Quran di dinding masjid.
Keunikan masjid ini jelas tergambar kepada binaannya yang ringkas.

Bagi menara masjid pula, ia dibina dengan menggunakan dahan-dahan pokok dan kayu besar. Batu-batu besar turut disusun bagi menyokong dan mengukuhkan tapak menara masjid.

Meskipun masjid ini kecil dan hanya mampu menampung jumlah jemaah yang kecil, ia dibina bagi memudahkan para nomad yang melalui kawasan ini bersama unta mereka singgah dan solat.

Pastinya ia satu pengalaman yang unik bagi mereka yang dapat berkunjung ke sini.

Hakikatnya Ethiopia adalah antara negara yang dengan kadar kemiskinan yang tinggi. Meskipun begitu masjid tetap dibina oleh rakyat di daerah ini mengikut kemampuan mereka.

Yang pasti tuhan tidak melihat betapa indahnya sesuatu masjid itu, tetapi  ketulusan hati setiap hambanya yang beribadah dengan ikhlas.




Post a Comment

 
Top