Sati adalah satu tradisi kuno di India yang telah diamalkan sejak berabad-abad lalu. Kebiasaannya balu yang kematian suami akan melompat ke dalam api yang sedang marak semasa upacara membakar mayat suaminya dan ia dianggap sebagai satu cara yang mulia untuk menunjukkan pengorbanan sebagai seorang isteri yang setia.

Mengikut kepercayaan Sati dilakukan kerana nilai diri seorang balu tanpa suami dianggap sangat rendah dikalangan masyarakat. Sati dikaitkan dengan unsur keagamaan, tapi sebenarnya banyak teori lain tentang kenapa adat kontorversi ini boleh wujud?

Ada pendapat sahih mengatakan bahawa majoriti balu yang melaksanakan Sati ini sebenarnya dipaksa atau dengan kata lain dibunuh.

Pendapat ini berkait rapat dengan bukti-bukti bahawa waris keluarga mendiang suami hidup senang hasil harta warisan yang dibolot.

Walaupun begitu, amalan Sati pada masa kini sudah diharamkan di India.

Post a Comment

 
Top