Thalita Zampirolli, namanya begitu sinonim dengan masyarakat di Brazil sejak kisahnya meledak bila dikaitkan dengan lagenda bola sepak dan ahli politik, Romario pada 2013.

Dan siapa sangka, bila kisah cintanya menjadi perhatian, satu persatu kisah silam Thalita terbongkar. Dia telah mengejutkan dunia apabila diketahui merupakan seorang pondan.

Selepas rahsia silamnya menjadi bualan, Thalita yang mempunyai kerjaya sebagai seorang model mula berhadapan dengan pelbagai masalah.

Banyak kontrak modelling dibatalkan dan dia mendapat kecaman di kalangan netizen. Ini menyebabkan Thalita berhadapan dengan saat paling menyedihkan dalam hidupnya.

Dalam pada itu, Romario menafikan hubungannya dengan model pondan itu, malah mahu membawa kes ini ke mahkamah.

Thalita pula mendakwa dia adalah wanita sejati dan mempunyai organ dan sistem pembiakan wanita. Dia juga mengakui tidak pernah berasa selesa dan 'kena' dengan dirinya sebagai lelaki serta tahu adanya 'wanita' di dalam badannya.

Kini, semuanya telah dilupakan, Thalita semakin terkenal dan mempunyai lebih 200,000 pengikut di laman Instagram.



Post a Comment

 
Top