Rohit Khandelwal yang juga merupakan Mr India telah melakar sejarah sebagai peserta dari Asia pertama yang memenangi gelaran Mr World tersebut.

Dia telah menewaskan 46 peserta dari negara lain yang terpaksa mengakui kehebatan peserta dari India ini, menerusi acara gilang-gemilang yang diadakan di Southport, UK.

Menurut rakannya yang juga seorang jurugambar, Sayan Sur Roy dia telah melihat bagaimana seorang lelaki yang merendah diri dan 'simple' bekerja keras sehingga berjaya merebut gelaran lelaki paling diinginkan di dunia!

Rohit yang berusia 27 tahun, sebelumnya merupakan pembantu teknikal di syarikat Dell, telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Mumbai dua tahun lalu untuk mencapai impiannya menjadi seorang pelakon dan model.

Menurut rakannya, Sur Roy lagi, Rohit tidak pernah mengetahui tentang Mr India, namun selepas diberitahu tentang pertandingan itu, dia telah bekerja keras untuk merebut gelaran tersebut.

Selepas kemenangannya, Rohit kini menjadi trending di negara kelahirannya. Siapa yang tidak terinspirasi dengan pemenang Mr World dari Asia yang pertama ini kan?

Dalam pertandingan Mr World 2016 itu, Mr Puerto Rico telah merangkul tempat kedua dan Mr Mexico di tangga ketiga.


Post a Comment

 
Top