Percaya atau tidak, kanak-kanak yang telah meninggal dunia sejak 300 tahun lalu dilapor membuka matanya baru-baru ini?

Menurut portal online thesun.co.uk, kejadian tersebut berlaku apabila seorang pengunjung merakam kejadian itu ketika mengunjung tempat mayat yang diberi nama Santa Inocencia yang bertempat di Gereja Guadalajara Jalisco, Mexico.

Sekilas pandang, mayat itu, yang dirawat dengan lilin untuk tujuan pemeliharaan dan keadaan mukanya yang tidak reput sejak 300 tahun lalu, kelihatan seperti patung.

Tetapi, ketika pengunjung berkenaan merakamnya dan mayat itu kelihatan seolah-olah membuka matanya.

Rakaman itu kemudian dimuat naik ke YouTube dan sejak itu ia sudah ditonton hampir sejuta kali.

Namun demikian, ramai pengguna beranggapan apa yang diceritakan itu adalah palsu. Tetapi sebahagian lagi mempercayainya.

Banyak kisah yang dinyatakan mengenai bagaimana kanak-kanak itu mati.

Versi popular ialah dia ditikam hingga mati oleh bapanya yang membantah rancangannya untuk menghadiri satu majlis keagamaan dengan rakan sekelasnya.

          

Post a Comment

 
Top