Dengan kos kehidupan yang tinggi sekarang, banyak inisiatif telah diambil segelintir orang dalam menjana pendapatan sampingan mereka. Memang membebankan bagi keluarga yang hanya miliki pendapatan rendah, keadaan dunia sekarang dengan peningkatan harga barang termasuk GST yang dikenakan telah menjejaskan ekonomi perbelanjaan mereka.

Oleh itu, entri kali ini saya nak kongsikan beberapa cara menjana pendapatan sampingan dengan mudah.

Berikut adalah antaranya:

1-Lakukan Kerja Part-Time @ Overtime

Bagi pendapat saya yang pertama ialah dengan melakukan kerja part-time atau overtime. Secara logiknya, kalau anda ingin pendapatan lebih perlulah bekerja dengan lebih sedikit. Disini pelbagai kerja sampingan seperti bekerja di pam petrol, kerja di kedai/gerai makan dan sebagainya boleh anda cuba. Disini saya boleh kongsikan kerja part-time yang amat bijak iaitu menjana pendapatan dengan menjadi pemandu Uber dan boleh ikuti Panduan Rahsia Uber ini.

2-Lakukan Dropship

Kerja sampingan yang kedua dalam menjana pendapatan lebih dengan lakukan dropship. Apa itu kerja dropship yang anda paham? Pekerjaan dropship ini amat mesra kos dan mudah berniaga. Dropship ialah merupakan sistem menjual barang orang lain dengan mengikut harga kita sendiri.
Kebanyakkan kerja dropship ini adalah percuma dan kalau tak pun mengeluarkan modal sedikit sebagai penyertaan anda.

Bagaimana anda hendak promosi dropship anda? Mesti anda tertanya-tanya cara mana hendak promosikan produk anda dengan berkesan. Disini anda boleh promosi dropship anda melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain lagi.

3-Sertai Program Affiliate

Yang ketiga ialah dengan melakukan pekerjaan affiliate. Apa itu program Affiliate? Affiliate ialah program membolehkan anda menerima komisyen dari setiap jualan melalui pautan anda.
Berikut adalah contoh Affiliate yang boleh disertai anda di Malaysia:

1-Klikjer- Jual E-book
2-Lazada- Barangan fizikal
3-Zalora- Jual Pakaian/Aksesori
4-Jobdirumah- Tempat jadi freelancer

Anda boleh mencuba mana-mana Affiliate diatas dan banyak lagi program Affiliate yang lain anda boleh dapatkan. Mudah saja!

4-Lakukan Online Survey

Nampak pelik kan manakah lakukan online survey boleh menjana pendapatan sampingan anda. Sebenarnya saya sendiri pon pernah melakukan online survey tersebut contohnya saya boleh kongsikan Cara Online Survey Melalui Vase. Haha! Anda pon boleh cuba mulai sekarang melalui online survey.

5-Tulis Blog

Menulis blog adalah satu platform baik untuk menjana pendapatan melalui atas talian. Bukan senang untuk menjadi seorang blogger, memerlukan kesabaran dalam menulis sesuatu artikel dengan idea tersendiri. Tapi anda perlu percaya dengan menulis blog tambahan pula dengan adanya iklan, Affiliate dan dropship dapat memberi pendapatan sampingan yang lumayan. Tapi perlu ingat hendak menjadi seorang blogger yang baru berjinak-jinak haruslah konsisten dalam membuat sesuatu entri baru.

Kalau anda hendak belajar tips blogging sebagai pemula dari saya, bolehlah contact saya melalui email hakimlokmanpro@gmail.com.

6-Berniaga

Yang ini kerja paling ramai orang lakukan sebagai kerja sampingan mereka. Kebanyakkan dengan berniaga ini memerlukan sedikit modal sebagai permulaan hendak buka. Contohnya disini saya boleh kongsikan kerja berniaga yang simple tapi pendapatan dia lumayan iaitu membuka gerai burger atau jual char koey teau. Sebelum hendak berniaga tu, perlulah mempunyai sedikit modal dan semangat yang konsisten dalam berniaga dan mempunyai amalan mesra dengan pelanggan kita.

Bagi saya sendiri, saya telah memilih menjadi seorang penulis blog, lakukan online survey dan juga sertai program Affiliate (Klikjer) sebagai pendapatan sampingan saya.

Jadi manakah kaedah pilihan anda? Anda sendiri boleh cuba mulai sekarang!

Post a Comment

 
Top