Sebelum ini mesti anda pernah dengar tentang Rumah Bina Negara (RBN) RISDA yang merupakan naungan dibawah kerajaan menerusi RISDA. Apa sebenarnya RBN RISDA diwujudkan? RBN RISDA diwujudkan adalah bagi membantu golongan yang memerlukan rumah sendiri. Harga RBN ditawarkan adalah RM 45,000 dimana jumlah sebenar adalah RM 65,000. Oleh demikian, kerajaan telah memberikan subsidi sebanyak RM 20,000.

Berikut saya ingin kongsikan mengenai syarat kelayakan dan borang permohonan Rumah Bina Negara RISDA:




Syarat Permohonan:
1-Warganegara Malaysia
2-Berumur 18 hingga 45 tahun
3-Sudah berkahwin
4-Generasi Kedua pekebun kecil RISDA
5-Tidak memiliki rumah sendiri
6-Bermaustatin di kampung
7-Memiliki tanah bersesuaian

Informasi Rumah Bina Negara:
1-Saiz Rumah: 700 kaki persegi
2-Komposisi: 3 bilik tidur, 2 bilik air

Senarai Semak Permohonan:
1-Borang rumah BN1 yang telah diisi dengan lengkap
2-Salinan photostat kad pengenalan pemohon
3-Salinan photostat kad pengenalan (Pasangan)
4-Salinan sijil perkahwinan/ Penceraian/ kematian (Suami Isteri)
5-Sijil carian rasmi
6-Surat akujanji permohonan atau surat tidak miliki rumah atau mempunyai rumah yang usang yang disahkan pemimpin tempatan

Cara Hubungi:
Sebarang pertanyaan, pemohon boleh berhubung:
Pihak Berkuasa Kemajuan  Pekebun Kecil
Perusahaan Kecil
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Bangunan RISDA KM7, Jalan Ampang, 50990, Kuala Lumpur

Tel: 03-42564022
Fax: 03-42576726

Selamat mencuba!

Post a Comment

 
Top