CEN_FluffyLeggings_07.jpg

Kini, ada trend terbaru yang mula dikenali sebagai seluar bulu kambing. Kenapa ia dipanggil seluar bulu kambing? Mesti anda pun tertanya-tanya kan! Adakah bulu tersebut memang dari bulu kambing?

Disini saya akan kongsikan...

Ya, ia sebenarnya diperbuat daripada bulu kambing jenis Orenburg yang sebelum ini juga digunakan dalam pembuatan selendang yang dikenali sebagai Orenburg Shawl. Memang menarik kan!

Apa yang menarik perhatian, wanita yang mencuba seluar tersebut memberikan komen positif dengan menyatakan ianya sangat selesa apabila dipakai.

Seluar ini sangat sesuai dipakai apabila musim sejuk memandangkan ketebalannya mampu memberikan kehangatan pada si pemakai.

Di Rusia, kebanyakan wanita memakai seluar tersebut dengan tujuan untuk menakutkan lelaki yang suka mengacau wanita memandangkan seluar tersebut kelihatan seperti 'kaki berbulu lebat'.

Seluar bulu kambing ini telah dijual di laman eBay dengan harga USD55.20 (RM245).

Yang inginkan seluar tersebut, anda boleh dapatkan mulai sekarang!

Post a Comment

 
Top