10 Selebriti YouTube Terkaya 2016

Terdapat 10 selebriti terkaya YouTube 2016 menurut Forbes diumumkan semalam. Sekali lagi, PewDiePie jauh di tempat teratas dengan pendapatan mencecah $ 15 Juta (~ RM 66.7 Juta). Ini adalah peningkatan sebanyak 3 Juta berbanding $ 12 Juta tahun lalu. Diikuti oleh Roman Atwood ($ 8 Juta), Lilly Singh ($ 7.5 Juta) dan Smosh ($ 7 Juta).

Fine Brothers yang dahulunya di tempat kedua terus hilang dari carta bersama dengan Lindsey Sterling serta KSI. Walaupun bercadang untuk memadam akaun, PewDiePie masih terus mengaut keuntungan yang tinggi dengan hanya menghasilkan video di YouTube. Ini membuktikan dengan sedikit bakat dan kepintaran memasarkan diri, platform perkonsian video ini boleh menjadi sumber pendapatan yang cukup lumayan.

Berikut 10 Selebriti YouTuber Terkaya 2016

1.PewDiePie $ 15 Juta

2.Roman Atwood $ 8.0 Juta

3.Lilly Singh $ 7.5 Juta

4.Smosh $ 7.0 Juta

5.Rosanna Pansion $ 6.0 Juta

5.Tyler Oakley $ 6.0 Juta

7.Markiplier $ 5.5 Juta

7.German Garmendia $ 5.5 Juta

10.Rhett and Link $ 5.0 Juta

10.Collen Ballinger $ 5.0 Juta

Sumber: Forbes

Post a Comment

 
Top