Image result for rahsia penerbangan

Kini, menaiki kapal terbang bukanlah sesuatu yang pelik atau jarang tapi telah menjadi kebiasaan orang ramai sebagai pengangkutan untuk menuju sesuatu destinasi. Namun begitu, tahukah anda terdapat beberapa perkara mengenai penerbangan yang biasanya cuma diketahui oleh juruterbang dan anak kapal sahaja? Apakah perkara tersebut?

1. Rahsia Pramugari

Laman sosial soal jawab Quora mengumpulkan beberapa “rahsia” sewaktu berada di dalam kapal terbang, antaranya diberikan oleh beberapa juruterbang dan pakar penerbangan sendiri.

2. Elakkan risau terhempas ketika penerbangan

Risau kapal terbang terhempas ketika dalam penerbangan? Mengikut statistik, lebih daripada separuh kemalangan penerbangan sebenarnya berlaku ketika berlepas dan mendarat.

3. Berhati-hati minum air

Elakkan minum air jika bukan dihidangkan terus daripada botol, kerana air di dalam kapal terbang telah dirawat dengan bahan kimia untuk mengelakkan kuman.

4. Juruterbang dapat hidangan khas

Anda mungkin cemburu jika dapat tahu juruterbang anda dihidangkan makanan lain daripada anda. Untuk mengelakkan mereka sakit dan keracunan makanan, kedua-dua juruterbang akan dihidangkan dua makanan berlainan.

5. Kod rahsia jika kapal terbang dirampas

Biasanya, juruterbang akan menurunkan “flap” di sayap yang digunakan untuk memperlahankan kapal terbang selepas mendarat.

Jika “flap” tersebut tidak diturunkan, itu tandanya ada sesuatu berlaku di dalam kapal terbang.

6. Juruterbang dibayar lumayan

Ini mungkin bukan rahsia besar, tetapi juruterbang untuk syarikat penerbangan besar mendapat gaji setinggi £97,000 (RM620,000) setahun. Memang lumayan lah!

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

 
Top