mrt percuma

FASA pertama MRT laluan Sungai Buloh – Semantan dengan perjalanan sejauh 21km sudahpun dibuka secara rasmi kepada orang awam mulai 16 Disember lalu.

Manakala fasa kedua sejauh 30km yang membabitkan laluan dari Semantan ke Kajang dijadual beroperasi sepenuhnya pada 31 Julai 2017.

Bukan itu sahaja, Rapid Rail turut menawarkan perkhidmatan bas pengantara secara percuma sepanjang tempoh itu. Dengan itu, tambang akan mula dikenakan kepada orang ramai mulai 17 Januari 2017.

Berikut adalah 6 sebab kenapa anda perlu mencuba MRT baru ini!

1. Beroperasi Seawal 6 Pagi

Kemudahan tren MRT mula beroperasi seawal 6 pagi dan berakhir pada tengah malam. Kekerapan tren pula adalah setiap 3.5 minit bagi waktu puncak dan 5 hingga 6 minit untuk waktu biasa.

2. Stesen Selesa dan Luas

Ruang menunggu cukup selesa dengan dilengkapi tempat duduk lebih luas.

3. Kemudahan Fasiliti

Kesemua stesen MRT memiliki eskalator dan lif untuk memudahkan orang ramai menaiki tren.

4. Maklumat Informasi Digital

Setiap tren dipadankan informasi perjalanan termasuklah stesen-stesen akan dilalui menerusi papan digital. Bukan itu saja, ia turut memaparkan bahagian pintu yang akan dibuka bagi setiap stesen dilalui.

5. Tren Lebih Luas

Tren MRT empat gerabak ini mampu memuatkan sehingga 1,200 penumpang pada satu masa sama. Memang luaslah tren MRT nih!

6. Tren Laju

Tren MRT yang baharu ini mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 100km. Manakala perjalanan dari Stesen Semantan ke Sungai Buloh hanya mengambil masa 30 minit.

                   mrt-laluan-sungai-buloh-semantan_pandulaju-1

Post a Comment

 
Top