Image result for go live twitter

Kini, Twitter telah melancarkan sebuah lagi fungsi terbaru pada platformnya iaitu Twitter #GoLive. Sama seperti Facebook Live, fungsi broadcast secara live ini membolehkan pengguna merakam video secara terus.

Fungsi live yang diumumkan Twitter ini bakal dikuasakan oleh aplikasi Periscope. Sebuah aplikasi yang memfokuskan kepada broadcast live.

Kini segala pertanyaan tentang hasrat Twitter untuk mendapatkan Periscope sebelum ini telah terjawab. Dalam pada itu, aplikasi Periscope masih diteruskan seperti biasa khas buat mereka yang mahu live tanpa melibatkan platform Twitter.

Buat anda yang berminat untuk mencuba fungsi terbaru ini caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu tekan butang tweet dan tekan pada butang ‘LIVE’. Anda boleh terus merakam video anda sendiri dengan mudah. 

Post a Comment

 
Top