Image result for rahsia helmet moto

Kini, semakin ramai yang menjadikan motosikal sebagai kemudahan pengangkutan utama untuk menjalankan aktiviti seharian.

Ada yang atas nama hobi, tetapi lebih ramai yang menunggang motosikal setiap hari untuk ke tempat kerja. Kini dengan keadaan lalu lintas yang semakin sesak dan kos penyelenggaran kereta (termasuk parkir dan tol) yang tinggi menjadikan motosikal sebagai satu mod yang menarik.

Penjimatan masa juga antara faktor utama anda menunggang motosikal kerana anda akan mempunyai lebih masa di rumah dan tidak terlalu tertekan dengan kesesakan apabila di jalanraya. Namun disebalik itu, risiko menunggang memang lebih tinggi berbanding pengangkutan yang lain dan oleh kerana itu, alatan keselamatan wajib diutamakan. Antaranya adalah helmet/topi keledar.

Bagi mereka yang lebih matang dan faham kenapa helmet perlu dipakai, di bawah ialah sedikit informasi tentang helmet.

                 helmet-picture-careta

A. Ventilation atau lubang pengudaraan

Untuk cuaca di Malaysia, ini antara perkara penting untuk helmet kerana cuaca yang terlalu panas mampu membuatkan berkuap dan mengganggu keselesaan anda. Pastikan cari helmet yang mempunyai pengudaraan yang baik dan pastikan lubang-lubang itu boleh ditutup sempurna ketika hujan.

B. Flip-front helmet

Helmet begini semakin popular, walaupun ada yang berkata ia merbahaya. Dulu mungkin kerana tidak banyak jenama helmet menawarkan versi flip-front tetapi sekarang ini, hampir kesemua jenama helmet mempunyai model flip-front kerana ia popular di antara pengguna motosikal harian.

C. Visor dalam

Kebanyakan helmet sudah ada visor gelap terbina di dalam. Ini lebih mudah kerana kita tidak perlu menukar visor hadapan seperti dahulu. Visor sangat berguna pada hari yang panas kerana ia mengurangkan masalah silau dan tidak memenatkan mata.

D. Tali dan pengikat

Pengikat paling bagus sebenarnya ialah dari jenis D-ring, seperti helmet dahulu di mana anda kena masukan tali ke dalam dua gelang besi itu. Sekarang ini, untuk memudahkan pemakaian, ada pelbagai pengunci yang lebih mudah. Namun begitu bagi kami, D-ring adalah cara paling mudah, dan paling selamat.

E. Visor

Ada pelbagai jenis visor dipasaran dan warna, tetapi jika mahu sesuautu yang praktikal, guna warna yang cerah dan bila silau, pakai cermin-mata gelap di dalam. Visor yang gelap sangat merbahaya digunakan ketika malam. Helmet baharu sekarang ada yang datang dengan sistem Pinlock, di mana ada pin pemegang untuk memasang selapis lagi visor di dalam agar tidak berkabus.

F. Saiz

Anda harus faham, setiap jenama pengeluar helmet mempunyai saiz yang berlainan dan bentuk kepala orang Asia berbeza dengan bentuk kepada orang di Eropah. Seringkali ramai yang membeli helmet mendapat saiz yang tidak tepat dan ini merbahaya, terutama bila menunggang laju. Helmet tidak sepatutnya longgar atau terlalu ketat.

G. Bluetooth

Kini, banyak yang menggunakan sistem Bluetooth pada helmet mereka. Samada digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan lain semasa menunggang atau untuk menjawab panggilan telefon. Apapun, tidak ada helmet yang datang terus dengan sistem Bluetooth. Ia perlu dibeli secara berasingan.

H. Warna

Di Eropah, ada ura-ura untuk mewajibkan pemakaian helmet warna terang atau fluorescent seperti di dalam gambar ini. Pastinya ramai akan membantah kerana ia bermaksud helmet replika tidak lagi boleh digunakan. Sebenarnya di Eropah sekarang, warna pilihan helmet lebih kepada warna-warna satu tona seperti putih, hitam, perak dan sebagainya.

I. Label kelulusan

Pastikan helmet itu mempunyai label ECE R 22-05. Ia adalah piawaian kualiti Eropah dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan piawaian Eropah untuk semua perkara berkaitan dengan kenderaan. Namun begitu, ada juga helmet-helmet palsu yang dibawa masuk dari China.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

 
Top