Kini, permohonan UPU ke IPTA Malaysia sesi 2017/2018 dijangka akan dibuka pada pertengahan Januari 2017. Menerusi Laman Web Rasmi BSN, tarikh pembelian PIN UPU adalah pada 18 Januari 2017 sehingga 4 April 2017. Permohonan UPU sesi 2017/2018 ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, STAM dan Diploma ataupun yang setaraf.

Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online

Berikut adalah Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online:

Tarikh Buka: 18 Januari 2017, (RABU - jam 12.00 tengah hari)

Tarikh Tutup: 5 April 2017, (RABU - jam 4.00 petang)

-Aplikasi Permohonan UPU 2017 (18 Januari 2017 bermula 12 tengahari) (5 April 2017 - Sehingga 4 petang)

-Universiti Sains Malaysia (USM) Permohonan USM 2017 (18 Januari 2017 Mula 12 tengahari) (4 April 2017 - Sehingga 12 tengah malam)

-Universiti Malaya (UM) Permohonan UM 2017 ( 18 Januari 2017 Mula 12 tengahari) (5 April 2017 - Sehingga 4 petang)

* Aplikasi permohonan akan dikemaskini dari masa ke semasa

Cara Permohonan UPU Sesi 2017/2018 Online

Kategori A

-Lepasan SPM / Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
-Harga No. Unik ID: RM 15.64

Kategori B

-Lepasan STPM / Setaraf, Matrikulasi KPM / PASUM / Asasi, Diploma / Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
-Harga No. Unik ID: RM 15.64

1-Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:
-UPU

2-Anda dikehendaki untuk melakukan Senarai Kali Pertama bagi membolehkan anda melakukan permohonan kemasukan ke UA / Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / Metro, Kolej Komuniti dan ILKA. Sekiranya anda telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Senarai Kali Pertama dibuat.

3-Sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang permohonan UPU, sila hubungi talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Post a Comment

 
Top