Sebuah kapal terbang yang membawa pemain kelab Chapecoense Real dari Brazil dilaporkan terhempas di wilayah Medellin di Colombia pada Isnin lalu.

Kapal terbang dengan pendaftaran CP2933 tersebut dilaporkan membawa 81 penumpang. Enam penumpang dilaporkan terselamat.

"Kapal terbang membawa @ChapecoenseReal disahkan terhempas. Mengikut kenyataan lapangan terbang Jose Maria Cordova de Rionegro di laman Twitter ada yang terselamat.

Dalam satu kenyataan berlainan, lapangan terbang Jose Maria Cordova de Rionegro berkata "semua bantuan telah dikerah kerana dilaporkan enam penumpang terselamat."










Post a Comment

 
Top