Jalan Raya Dengan Panel Solar Terbina Pertama di Dunia

Peningkatan suhu dunia akan menyebabkan berjuta-juta umat manusia kehilangan tempat tinggal dan menjurus kepada kepupusan massa. Di Perancis jalan raya dengan panel solar terbina pertama bakal dibuka di Normandy.

Jalan raya solar sepanjang 1 Kilometer ini mempunyai panel seluas 2800 meter persegi. Ia akan membekalkan 280 MWH kuasa kepada lampu jalan raya sebuah kampung berhampiran sepanjang tahun. Kerajaan Perancis bercadang membina 1 kilometer jalan raya solar untuk setiap 1000 kilometer jalan raya biasa.

Pembinaan jalan raya solar ini menerima kritikan negatif ramai pihak kerana menelan belanja € 5 juta (~ RM 24 Juta). Pada masa yang sama ketahanan jangka panjang jalan raya dan kesukaran membaikinya turut menjadi tanda soal. Sebelum Perancis, di Belanda sebuah laluan basikal dengan panel solar terbina telah dibuka di Krommanie.

SUMBER: THE GUARDIAN

Post a Comment

 
Top