Punca Permohonan BR1M Gagal Atau Ditolak

Kini, mulai 5 Disember hingga 31 Disember 2016 anda boleh membuat permohonan dan kemaskini BR1M 2017. Untuk makluman anda, pastikan maklumat yang diisi dengan betul dan tepat bagi mengelak sebarang permohonan ditolak.

Disini saya ingin kongsikan punca permohonan BR1M anda tidak berjaya dan ditolak.

Punca Permohonan BR1M Gagal atau Ditolak

Berikut adalah antara punca permohonan BR1M anda tidak berjaya:

1-Permohonan tidak dikemaskini

Tidak mengemaskini permohonan BR1M bagi tempoh tiga tahun kebelakangan (2014). Penerima BRIM perlu mengemaskini maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun bagi mengelakkan permohonan ditolak.

2-Maklumat peribadi

Masalah kedua ialah maklumat peribadi yang tidak tepat contohnya nama dan No. kad pengenalan.

3-Dokumen peribadi

Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, pengesahan penceraian dan penyata gaji.

4-Maklumat pasangan

Tiada maklumat mengenai pasangan bagi pemohon yang sudah berkahwin.

5-Jumlah tanggungan

Maklumat tanggungan yang tidak tepat dan tidak sahih.

6-Jumlah permohonan

Memohon lebih dari satu kali (suami dan isteri membuat permohonan berasingan).

Semoga berjaya membuat permohonan BR1M 2017!

Post a Comment

 
Top