Syarat Kelayakan Permohonan SPA8i Secara Online

Apa itu sistem SPA8i yang anda tahu? SPA8i merupakan satu sistem yang diwujudkan bagi membuat permohonan kerja dalam pelbagai jenis bidang di sektor kerajaan. Tapi sebelum anda ingin memohon sesuatu jawatan yang anda inginkan, haruslah mengetahui syarat kelayakan pemohonan SPA8i secara online.

Untuk pengetahuan anda, jawatan terbahagi kepada beberapa kategori pemohon iaitu:

-Lepasan SPM
-Lepasan STPM
-Lepasan STAM
-Permohonan Separa perubatan
-Orang Kurang Upaya (OKU)
-Pelajar tahun akhir di universiti

Syarat Kelayakan Lepasan SPM SPA8i

Berikut adalah antara syarat kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia seperti berikut:

-Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau

-Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan

-Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Syarat kelayakan di atas dikecualikan kepada bekas anggota polis berpangkat sekurang-kurangnya koperal bagi memohon jawatan berikut:

-Pembantu Keselamatan Gred KP17
-Pembantu Pertahanan Awam Gred KP17
-Pembantu Kesatria Gred S17
-Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Syarat Kelayakan Lepasan STPM SPA8i

Kini STPM telah menggunakan sistem Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) sebagai penanda aras keputusan pelajar. Atau ianya juga dipanggil PNGK seperti yang digunakan dalam peperiksaan di universiti.

Syarat Kelayakan Lepasan STAM SPA8i

Berikut adalah antara syarat kelayakan bagi lepasan STAM bagi memohon jawatan SPA8i.

-Lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:

-Dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab,

-Satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

-Satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

-Satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

-Dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau

-Dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

-Dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

-Satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau

-Satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin

Selamat maju jaya bagi kepada pemohon SPA8i!





Post a Comment

 
Top