Untuk makluman anda, Kadar BR1M akan dinaikkan bagi semua kategori sepertimana diumumkan dalam Bajet 2017.

Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lepas, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dijangkakan akan mula diagihkan secara ansuran / berperingkat mulai awal tahun.

Artikel berkaitan:
Cara Membuat Permohonan Rayuan BR1M 2017

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai cara pembayaran, amaun dan jangkaan tarikh bila dapat duit BRIM 2017:

Tarikh Pembayaran BR1M 2017



Pembayaran BR1M 2017 kepada penerima di bawah kategori isi rumah (ketua keluarga atau warga emas) akan diagihkan secara berperingkat tiga kali setahun iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2017.

Manakala bayaran kepada penerima kategori individu / bujang akan dibuat sekaligus mulai Februari 2017.

Fasa Pertama: 18 Februari 2017

Cara Pembayaran BR1M 2017

Bagi penerima yang ada mengisi maklumat akaun bank semasa memohon, pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, manakala penerima yang tiada akaun bank akan menerima baucar BR1M, yang boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB, Maybank atau Public Bank.

Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2017 dengan menghubungi:

-Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
-Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
-Email kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

 
Top