Apakah tema Sambutan Maulidur Rasul 2016 (1437H-1438H)? Menjadi kebiasaannya, menjelang tarikh 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh penting dalam sejarah umat Islam seluruh dunia.

Sambutan Maulidur Rasul setiap tahun disambut oleh orang Islam khususnya di Malaysia untuk memperingati jasa dan pengorbanan serta tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w. tahun 2016. Sambutan Maulidur Rasul di Malaysia akan disambut pada hari Isnin ini, bersamaan 12 Disember 2016 mengikut tarikh penting Kalendar Islam 2016 JAKIM.

Tema pada tahun ini diangkat adalah "Ukhuwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah".

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016 1437 / 1438H

Berikut saya kongsikan tema Maulidur Rasul 2016 1437 / 1438H serta tahun-tahun sebelum ini seperti:

● Tahun 2016: "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
● Tahun 2015: "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
● Tahun 2014: "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Post a Comment

 
Top