Image result for Tips Jaga Kereta Anda

Pemeriksaan dan servis kereta sebenarnya perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan kereta anda sentiasa berkeadaan baik dan mengelakkan daripada sebarang kerosakan. Tanpa menjaga kereta anda dengan baik, kemungkinan kerosakan mudah berlaku terhadap kereta anda. Terdapat beberapa tips asas yang anda boleh ketahui terhadap kereta anda sebagai pengetahuan.

Kali ini saya ingin kongsikan tentang tips asas servis kereta supaya kereta anda sentiasa berkeadaan baik dan selamat.

Berikut adalah tips utama asas servis kereta:

1.Minyak Hitam 

Perkara paling penting anda perlu servis adalah minyak hitam atau minyak enjin. Minyak hitam haruslah ditukar 3 atau 6 bulan sekali bagi mengelakkan berlakunya kerosakan kepada enjin kereta. Minyak hitam yang bukan sintetik, setiap 5000km atau 3 bulan whichever is earlier. Kalau yang sintetik, mungkin 7500 atau 10,000km sahaja.

2.Oil Filter 

Sama seperti minyak enjin juga. Minyak selalu kebiasaannya 5000km, minyak sintetik 7500-10000km. Dalam erti kata lain, apabila tukar minyak enjin, maka tukarlah sekali oil filter juga.

3.Spark Plug

20000km ikut jadual maintenance book. Tapi kalau dah lebih 40k tidak tukar, electrode pun dah nipis atau nampak kesan hitam, sepatutnya anda perlu tukar. Harga sekitar RM 20-30 untuk 4 biji.

4.Bateri Kereta

Bateri kereta boleh bertahan antara 8 bulan hingga 2 tahun, mengikut kepada cara penggunaan seseorang pemandu tersebut. Kalau anda selalu topup air suling, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau kancil, biasanya pakai NS40 atau NS40L.

5.Brake Pad 

Brake pad selalunya perlu ditukar apabila haus atau bila rasa brek kurang mencengkam. Biasanya, kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brek pun sama jugak. Brek belakang tahan lebih lama dari brek depan , sebab biasanya double.

6.Timing Belt 

60,000km untuk kereta Proton Wira, dan Saga. Jadi, timing belt biasanya mengikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, sampai 60,000km terus tukar tak kiralah anda pakai kereta jenis apapon.

7.Fuel Filter 

Tukar sekitar 40,000 km sekali. Murah sahaja, sekitar dalam RM15-20.

8.Oil Gear 

Bagi anda yang pakai manual gearbox sahaja. Kereta anda tidak perlu pakai ATF, tapi sebaliknya pakailah oil gear. Bende ini boleh ditukar 60,000km sekali.

9.Water Pump 

Water pump perlu ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Katalah, kita tukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump  kerana jangka hayat pun hampir tiba. 

10.Clutch Pad 

Clutch plate ialah perkara subjektif. Biasanya clutch pad ditukar apabila berlakunya "clutch slipping"sewaktu pemanduan kita. Kebiasanya clutch pad ini jarang ditukar.

Ingin info lebih lanjut anda boleh dapati dengan hanya klik di bawah ini:

                  

Post a Comment

 
Top