PENYERANG skuad Harimau Kumbang, Mohd. Faiz Subri menjadi popular sekelip mata selepas melakukan satu jaringan paling unik dalam sejarah ketika perlawanan bola sepak Liga Super 2016.

                

Sepakan tersebut juga dikaitkan dengan sepakan percuma Roberto Carlos yang mendapat perhatian dunia ketika perlawanan persahabatan antara Brazil dan Perancis pada tahun 1997.

Arena bola sepak dunia juga turut kagum dengan sepakan percuma yang dilakukan oleh Faiz. Sememangnya Faiz Subri layak memenangi anugerah gol terbaik PUSKAS.

Ketahui beberapa fakta menarik berkenaan Faiz Subri...

1. Faiz dilahirkan pada 8 November 1987 & berusia 30 tahun.

2. Penyerang bola sepak itu dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam, Kedah.

3. Faiz merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik.

4. Beliau melanjutkan pendidikannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Arau di Perlis.

5. Pada mulanya, Faiz bermain dengan skuad remaja Kedah dari tahun 2006 hingga ke 2009.

6. Beliau kemudian beralih ke Kelab Perlis SK Tambun Tulang untuk bermain dalam Piala liga FAM 2009, dan juga mewakili Perlis dalam Piala Emas Raja-Raja 2009.

7. Pada tahun 2010, Faiz menyertai kelab Perlis dan menandatangi kontrak setahun dengan T-Team, Kuala Terengganu pada musim 2012.

8. Pada tahun 2013, Faiz meninggalkan kelab T-Team dan menandatangi kontrak dengan kelab teratas Liga Super Malaysia, Kelantan bersama bekas rakan sepasukan Zairo Anuar Zailani.

9. Pada tahun 2014, Faiz menyertai pasukan bola sepak Terengganu, sebelum mengambil keputusan untuk menyertai kelab bola sepak Pulau Pinang.

10. Faiz kini bermain di posisi ‘attacking midfielder’ dalam pasukan bola sepak Pulau Pinang. Beliau juga boleh bermain di posisi ‘striker’ dan ‘winger’.

SUMBER: ASTRO AWANI

Post a Comment

 
Top