ADA apa dengan kamera pemanduan sebenarnya?

                  BBgCUps.img

Seringkali apabila berlaku kemalangan, semua yang terlibat akan mula menuding jari menyalahkan orang lain. Namun kini semakin ramai pengguna jalanraya yang memasang kamera pemanduan atau ‘dashcam’ sebagai langkah berjaga-jaga dalam kes kes kemalangan sebegitu. Ia nya akan merekodkan apa yang berlaku sebelum dan ketika kemalangan, seolah olah anda mempunyai saksi untuk pemanduan anda.

Ada juga kamera berkualiti tinggi yang mampu merakamkan keseluruhan perjalanan anda sebagai kenangan atau panduan untuk dikongsi dengan orang lain. Untuk perjalanan harian atau melancong, kamera pemanduan adalah teman yang setia yang anda perlu ada.

Berikut adalah ciri ciri kamera pemanduan yang perlu anda pertimbangkan:

–Kemampuan rakaman video berkualiti tinggi dalam resolusi sehingga 1920 x 1080p
–Mampu menyimpan lebih 8 GB video & gambar dengan simpanan dalam kad seperti microSD dan seakannya
–Mampu mengitar semula kapasiti memori secara berterusan
–Digunakan sebagai kamera digital untuk memperingati perjalanan atau mercu tanda tempat lawatan anda

Kenapa anda perlu sebuah kamera pemanduan:

1. Merekodkan kemalangan
Sebenarnya pemandu sering mempunyai ingatan berbeza perihal kemalangan yang dialami mereka. Kita sering ingin mempercayai apa yang ingin kita percaya. Dengan bukti video anda mampu membuktikan bahawa anda tidak bertanggungjawab bagi sesuatu kemalangan kereta itu.

2. Mengelak dari dikenakan tindakan undang undang
Rakaman video anda juga boleh dijadikan bukti bahawa anda telah memandu dengan cara yang betul, dan mengelakkan anda dari disaman kerana pemanduan tidak berhati hati ataupun gagal mengawal kenderaan anda.

3. Membantu mengelakkan penipuan insurans
Rakaman video anda mungkin boleh membantu pihak ketiga yang terlibat dalam sesuatu kemalangan itu, walaupun anda tidak terlibat langsung. Rakaman anda juga boleh membantu mengelakkan kes penipuan insurans di mana pihak terlibat cuba membuat tuntutan yang ditambah tambah.

4. Menjadikan anda pemandu yang lebih baik
Anda boleh menyemak rakaman pemanduan harian anda ataupun ahli keluarga anda dalam usaha untuk menjadi pemandu yang lebih baik. Kaji bagaimana anda memandu untuk membantu anda melihat cara-cara untuk membetulkan kesilapan memandu, seperti membrek terlalu mengejut atau menukar lorong secara tiba-tiba.

5. Mengawasi kenderaan anda
Kebanyakan kamera pemanduan mempunyai pilihan untuk hidup kendiri jika ia merasakan gerakan di dalam atau di sekeliling kereta. Jadi, sekiranya orang memecah masuk ke dalam kereta anda atau pun melanggar kereta yang diparkir, anda mungkin boleh mengkaji semula rakaman kamera dan mencari individu yang bertanggungjawab.

Semoga bermanfaat untuk anda semua!

Post a Comment

 
Top