Metabolisme merupakan salah satu elemen penting dalam penurunan berat badan kerana semakin banyak kalori yang dibakar akan membuat berat badan kita stabil dan tidak mudah naik.

Ada individu yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi dan ada invididu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Namun begitu masyarakat pada hari ini mempunyai kadar metabolisme yang rendah sehinggakan proses menurun berat badan menjadi lambat.

Oleh itu untuk mengatasi masalah ini saya ingin berkongsikan kepada anda mengenai tips untuk meningkatkan kadar metabolisme.

1- Banyak minum air

Hal ini kerana tubuh memerlukan air untuk memproses tenaga. Jika anda mengalami hidrasi kadar metabolisme badan anda akan menurun. Menurut kajian orang yang meminum air 8 gelas sehari lebih banyak membakar kalori daripada individu yang hanya minum air sebanyak 4 gelas sehari.

2- Senaman ringan

Hendaklah bersenam ringan pada awal pagi. Hal ini kerana ketika bersenam badan kita akan membakar banyak kalori untuk dijadikan tenaga.

3- Bergerak aktif

Sekiranya anda tidak sempat untuk bersenam, sebagai gantinya anda perlulah bergerak aktif kerana hal ini akan membatu menjaga keseimbangan tubuh anda.

4- Makan secara teratur

Anda dilarang melambatkan waktu makan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam kerana dengan melewatkan waktu makan akan menyebabkan kadar metabolisme anda menurun.

5- Elakkan Stress

Salah satu punca penyakit adalah daripada stress. Sekiranya anda banyak berfikir tentang sesuatu perkara yang negatif ia akan membuat anda menjadi stress dan hal ini akan meyebabkan kesihatan dan kadar metabolisme anda terganggu.

6- Tidur yang mencukupi

Kurang tidur juga boleh menyebabkan kadar metabolisme anda terganggu. Oleh itu anda seeloknya perlukan masa untuk tidur 7 hingga 8 jam setiap malam untuk peroleh tidur yang sempurna.

Selamat mencuba!

Post a Comment

 
Top