BAGI mereka yang mahu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk balik kampung atau bercuti bersempena dengan Tahun Baru Cina 2017 tidak lama lagi, anda disarankan untuk mengikut jadual cadangan waktu perjalanan yang disediakan oleh pihak PLUS.


Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2017

Untuk pengetahuan anda, Tahun Baru Cina akan disambut oleh semua penganut agama Tiong Hua di seluruh dunia pada hari Sabtu dan Ahad bersamaan 26 Januari 2017 dan 27 Disember 2017. Sebagai tambahan, cuti Tahun Baru Cina adalah cuti paling panjang yang di Malaysia.

Berikutan itu, PLUS telah mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan atau Time Advisory Travel (TTA) bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina.

Berikut adalah kongsikan TTA Jadual Perjalanan PLUS bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina seperti berikut:


-Kepada mereka yang membuat perjalanan daripada Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Johor, anda disyorkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 12 tengah hari.

-Kepada mereka yang membuat perjalanan daripada Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang dekat seperti negeri Sembilan, Melaka, Perak, Selangor, anda disyorkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 2 petang.

ika dilihat kepada trend perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu, PLUS meramalkan Hari-Hari Puncak di mana jumlah trafik di Lebuhraya Utara- Selatan adalah tinggi akan jatuh pada 26 Januari 2017, 27 Januari 2017, 28 Januari 2017, 29 Januari 2017, 30 Januari 2017 dan 31 Januari serta 4 Februari 2017 dan 5 Februari 2017.

Rebat Tol 50 Peratus

PLUS telah menyediakan Rebat Tol sebanyak 50 peratus kepada pengguna Kenderaan Kelas 1 di Lebuhraya Utara-Selatan dan ELITE. Ia ditawarkan kepada pengguna yang menggunakan sistem elektronik iaitu kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG untuk membayar tol di antara jam 12 malam hingga 6 pagi yang bertarikh 27 Januari 2017, 30 Januari 2017, 3 Februari 2017 dan 4 Februari 2017. Rebat Tol ini tidak boleh dituntut kepada pengguna di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam and Bangunan Sultan Iskandar.

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter plus trafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PlusLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih dan laporan trafik terkini yang disiarkan menerusi televisyen dan radio.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

 
Top