19 Fakta Menarik Tentang Mafia Yakuza Jepun|Bila sebut Yakuza, pasti terbayang mafia Jepun ala ninja yang bertutup muka, berbaju gelap dan bergerak dalam senyap bersama pedang samurai dalam misi membunuh musuh mereka. Tapi rupanya salah!
Berikut merupakan 19 fakta menarik tentang Yakuza, organisasi mafia terbesar di Jepun.

1. Organisasi Jenayah Terancang
Yakuza (ヤクザ) atau dikenali juga sebagao Gokudo (極道) ialah sebuah organisasi jenayah terancang yang sangat terkenal di jepun.

Organisasi ini juga turut dikenali sebagai Mafia Jepun kerana hampir serupa seperti organisasi jenayah yang terkenal di Itali. Setakat ini, direkodkan bahawa ahli kumpulan Yakuza mempunyai lebih daripada 103,000 orang ahli.

2. Berasal Dari Golongan Bawahan Masyarakat
Sejarah Yakuza dapat dijejak pada pertengahan era Zaman Edo, iaitu Tekiya dan Bokuto. Tekiya (penjaja) iaitu golongan terendah dalam tangga masyarakat di zaman tersebut telah membentuk sebuah organisasi yang bertujuan untuk melindungi perniagaan mereka.

3. Pedang Wakizashi
Kerajaan Edo ketika itu mengiktiraf kewujudan Tekiya sebagai sebuah organisasi dan membenarkan ketua setiap organisasi tekiya membawa sebilah pedang.
Pedang tersebut bukanlah katana kerana hanya samurai yang mempunyai hak untuk membawa katana. Pedang tersebut lebih pendek dari pedang katana dan dikenali sebagai Wakizashi.

4. Keturunan Penjudi Tegar
Bakuto pula lebih rendah tahap mereka dalam masyarakat Jepun zaman Edo. Mereka adalah penjudi tegar dan berjudi pada waktu itu adalah diharamkan di Jepun.
Jadi, ketika itu banyak rumah judi haram tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Mereka biasanya menjadikan kuil-kuil dan tempat pemujaan yang telah ditinggalkan orang di pinggir kampung dan bandar sekitar Jepun sebagai tempat operasi.
Rumah judi ini juga menjalankan perniagaan ceti haram.

5. Ritual Zaman Edo
Hari ini, peninggalan daripada organisasi Tekiya dan juga Bakuto dapat dijejak dalam Yakuza apabila ritual-ritual yang pernah diamalkan pada zaman itu turut diamalkan sehingga ke hari ini.

6. Mengamalkan Sistem Oyabun-kobun, Memutuskan Hubungan Dengan Keluarga
Mahu mempelajari mengenai organisasi Yakuza adalah sangat unik sekali. Mereka mengadaptasikan sebuah sistem tradisional hierarki Jepun yang dipanggil sebagai oyabun-kobun.
Oyabun adalah merujuk kepada anak angkat yang menumpahkan taat setia pada ayah angkatnya yang dikenali sebagai Kobun. Biasanya hubungan ini terjalin melalui ritual meminum sake dari satu cawan.
Dalam organisasi Yakuza, seorang ahli akan melupakan sebarang hubungan dengan keluarga asal mereka dan segala kesetian pada ketua geng.

7. Diketuai Oleh Seorang Oyabun
Dalam sebuah organisasi Yakuza, mereka diketuai oleh seorang Oyabun atau Kumico yang memberikan arahan kepada anak buah iaitu Kobun.
Dibawah Kumico ialah penasihat yang digelar sebagai saiko komon dan juga so-honbucho atau ketua cawangan.

8. Mengawal Setiap Wilayah
Di bawah mereka pula ialah wakagashira yang ditugaskan untuk mengawal beberapa buah geng di dalam setiap wilayah mereka dengan bantuan daripada fuku-honbuchu yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan geng di bawah wakagashira.
Setiap geng yang wujud dalam setiap wilayah diketuai oleh ketua tempatan yang dikenali sebagai saiko-komon.
Saiko-komon mengawal kawasan masing-masing dalam sebuah wilayah. Mereka mempunyai anak buah tersendiri seperti penasihat, akauntan dan tentera yakuza mereka yang gunakan untuk penguatkuasaan.

9. Ritual Potong Jari Yubitsume
Yakzua terkenal dengan ritual yang dipanggil sebagai Yubitsume. Ritual ini mengkehendaki salah satu daripada jari dipotong sebagai tanda penyesalan dan maaf seandainya mana-mana ahli mereka melakukan kesalahan.

10. Irezumi, Proses Cacah Tatu Yang Menyakitkan
Ramai yakuza yang mencacah tatu yang hampir memenuhi satu badan termasuk kemaluan.
Di Jepun, tatu ini dikenali sebagai irezumi dan proses melukis tatu ini adalah menggunakan cara tradisional yang menyakitkan dan bukannya cara moden yang mudah dan lebih cepat.

11. Tatu Sebagai Tanda Bukti Kejantanan
Bayangkanlah tubuh anda diukir dengan jarum, besi dan buluh runcing dengan tangan dan ianya mengambil masa bertahun-tahun untuk memastikan seluruh tubuh dicacah dengan tatu.
Namun, kejayaan memenuhi seluruh badan dengan tatu dianggap sebagai anak jantan.
Padanlah mereka berani terjun ke dalam dunia jenayah ini kalau sampai begitu tahap keberanian mereka.

12. Tayang Tatu Ketika Bermain Kad
Apabila seorang Yakuza saling bermain kad yang diberi nama Oicho-Kabu, mereka akan membuka baju mereka dan menayangkan tubuh mereka yang penuh tatu antara satu sama lain.
Mungkin pada saat ini sahaja untuk melihat tubuh sasa yang dipenuhi tatu yang diukir bertahun-tahun dengan proses yang penuh kesakitan.

13. Menyembunyikan Tatu
Yakuza biasanya akan memakai kemeja lengan panjang dan juga baju yang berkolar tinggi untuk menutup tatu di tubuh mereka. Biasalah, identiti sebagai Yakuza juga perlu dilindungi oleh mereka.

14. Yamaguchi-Gumi, Keluarga Yakuza Terbesar Di Jepun
Terdapat tiga buah keluarga Yakuza terbesar dalam sejarah Jepun. Yang paling besar ialah Yamaguchi-gumi yang mempunyai ahli lebih daripada 55,000 orang dan lebih daripada 50 peratus Yakuza Jepun adalah anggota keluarga ini.

15. Sumbangan Yakuza Kepada Masyarakat
Sebenarnya organisasi Yakuza juga banyak berjasa kepada masyarakat walaupun mereka berasaskan jenayah.
Antaranya ketika Kobe dilanda gempa bumi pada tahun 1995, keluarga Yamaguchi-gumi adalah antara organisasi yang menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana.
Ketika itu, kerajana Jepun dikritik kerana lembab dan organisasi Yakuza seperti Yamaguchi-gumi pula lebih pantas.
Antara khidmat mereka adalah menyalurkan tenaga kerja dan juga helikopter untuk digunakan dalam operasi menyelamat.

16. Larangan Menjual Dadah
Sebenarnya, kebanyakan keluarga Yakuza di Jepun melarang ahli mereka untuk terlibat dalam penjualan dadah.
Menurut mereka, dadah lebih merosakkan masyarakat dan bangsa daripada jenayah-jenayah lain manakala beberapa keluarga pula memang terkenal dengan bisnes dadah seperti Dojin-Kai.

17. Yakuza Hanya Memeras Ugut Syarikat Besar
Yakuza biasanya tidak mengacau masyarakat yang susah sebaliknya mereka akan memeras ugut syarikat-syarikat gergasi dan pemegang saham di dalamnya.
Kedai-kedai kecil yang diusahakan oleh mereka yang berpendapatan sederhana tidak akan diganggu oleh Yakzua.
Jadi, wang perlindungan dikutip daripada syarikat-syarikat besar dan bukannya dari perusahaan kecil.

18. Melabur Dalam Syarikat Yang Sah
Yakuza juga terkenal dalam melabur dalam perniagaan. Antaranya ialah mereka pernah melabur dalam saham Tokyo Kyuko Electric Railway’s.
Japan’s Securities and Exchange Surveillance Commission mendakwa mempunyai maklumat terdapat 50 syarikat yang terlibat dengan Yakuza.

19. Bandar Dikuasai Yakuza Paling Selamat Di Jepun
Kobe yang merupakan rumah kepada keluarga terbesar Yakuza di dunia merupakan salah satu bandar paling selamat di Jepun.
Ini mungkin kerana aura Yakuza seperti Yamaguchi-gumi telah menakutkan penjenayah murahan seperti samseng jalanan yang tidak mahu menarik perhatian Yakuza.

Sekarang anda sudah tahu serba sedikit tentang Yakuza. Tengok, mafia yang berani kerat jari pun tak berani ambil dadah sebab mereka tahu dadah itu bahaya dan boleh merosakkan organisasi mereka. Oleh itu, jauhilah dadah.

Post a Comment

 
Top