KINI, 'Myonline Pasport' telah diperkenalkan pada 1 September 2016 untuk memberi kemudahan kepada orang ramai dalam memperbaharui pasport mereka secara dalam talian. Dengan adanya sistem online ini, kesesakan di kaunter Imigresen dapat dikurangkan sekaligus menjimatkan masa orang ramai.

Permohonan Pembaharuan Pasport Melalui 'Myonline Pasport'

Permohonan Pembaharuan Pasport Melalui 'Myonline Pasport'

Pemohon perlu mengisi butiran permohonan dan seterusnya membuat pembayaran (kad kredit atau debit terus - FPX) secara dalam talian sebelum mengambil pasport mereka di Kaunter Imigresen yang dibenarkan.

Berikut adalah perkara yang berkaitan Aplikasi Permohonan Myonline Pasport:

1-Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar pasport yang disenaraikan dalam sistem.

2-Empat negeri dan dua Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah dipilih sebagai sebahagian daripada program perintis untuk mengeluarkan pasport diperbaharui.

3-Lokasi: Pahang, Sarawak, Pulau Pinang, Putrajaya dan 2 UTC di Pudu Sentral, Kuala Lumpur dan UTC Galleria @ Kotaraya, Johor.

4-Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

5-Waktu serahan pasport - Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

6-Kadar bayaran untuk pembaharuan pasport adalah RM200 untuk permohonan Biasa 13 - 59 tahun dan RM100 untuk Warga Emas (60 tahun keatas)

7-Pemohon mesti memuatnaik gambar / foto bersaiz pasport yang terbaru

Cara Memperbaharui Pasport Secara Online

Berikut adalah cara-cara memohon pembaharuan pasport secara online menggunakan 'Myonline Pasport':

1-Layari https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

2-Baca Terma dan Syarat Permohonan

3-Sila Klik SETUJU jika bersetuju dengan terma dan syarat

4-Isikan Jenis Permohonan: Pemohon Lebih 18 tahun atau kurang 18 tahun

5-Isikan Passport No, No KP, Jenis Pasport, Kategori KP dan tempat mengambil

Pemohon juga boleh membuat pertanyaan status permohonan melalui KLIK DISINI

Selamat mencuba!

Post a Comment

 
Top