KINI Perodua memperkenalkan Perodua Axia berwajah baharu dengan enjin VVT-I (Variable Valve Timing with intelligence). Ini merupakan satu peningkatan berbanding enjin semasa (KR Engine) serta ciri-ciri yang lebih baik.

               

Kepada yang berminat, tempahan kini dibuka kepada orang ramai. Harga untuk Semenanjung Malaysia bagi varian Perodua Axia baharu bermula dari RM 24,900 bagi Standard-E (manual) dan RM42,900 bagi Advance (automatik).

Berikut adalah senarai penuh harga bagi Axia baharu:

                 Price-list_NEW_AXIA-

Enjin VVT-I ini akan meningkatkan lagi kecekapan bahan api bagi varian baharu ini dengan penjimatan sehingga 22.5Km/L dalam mod pemanduan Eko, berbanding 21.6Km/L (transmisi manual) pada model Axia sedia ada.

Sebanyak 214,700 unit Perodua Axia telah terjual sejak ia dilancarkan pada bulan September 2014, menjadikan ia kenderaan EEV No.1 di Malaysia. Pada 2016, kenderaan kompak ini terjual sebanyak 85,900 unit.

Penambahbaikan lain untuk Axia Standard termasuk jeriji depan dan bumper gaya baharu; pemegang pintu belakang; reka bentuk fabrik kerusi baharu serta dilengkapi dengan lampu projektor hadapan.

Mengenai sistem audio, Perodua Axia Standard-G kini didatangkan dengan slot USB.

Manakala bagi Axia SE dan Advance; penambahbaikan termasuk jeriji depan dan bumper gaya baharu; butang tekan start/stop; sistem akses pintar dengan kunci pintar; sistem multimedia dengan ‘Smart Link’ (untuk android sahaja); reka bentuk lampu projektor depan baharu; pemegang pintu luar chrome; roda aloi bentuk spiral; pemegang pintu belakang; reka bentuk fabrik kerusi baharu (SE) serta meter kombinasi baharu dengan warna putih.

Perodua Axia (Standard) didatangkan dengan warna  “Ivory White”, “Glittering Silver”,  “Ebony Black”, dan  “Midnight Blue”.

Bagi varian SE dan Advance, ia mempunyai dua warna tambahan berbanding Axia Standard-G iaitu “Solid Sunflower Yellow” dan “Metallic Lava Red”.

“Dengan tambah nilai yang ada di dalam varian ini, kami tetap memastikan harga yang ditawarkan adalah mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Kami mengalu-alukan orang ramai untuk datang ke 182 bilik pameran dan jualan Perodua di seluruh negara serta berjumpa dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui mengenai Axia baharu ini,” kata Dato’ Dr. Zahari.

Perodua juga turut mempelawa para pelanggan untuk datang ke ‘MYPerodua Nation’, karnival terbesar Perodua yang akan diadakan pada hujung minggu ini bermula 20hb hingga 22hb Januari 2017 di AEON Mall Shah Alam (kawasan parkir kereta luar).


  1. Jom sama-sama kita ke karnival terbesar Perodua tersebut!

Post a Comment

 
Top