KINI, Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia telah memperkenalkan Kia “Value 5 Plus”, pakej pembiayaan pintar baharu dengan lebih penjimatan khas buat pemilik kenderaan Kia.

                

“Kini lebih daripada biasa, kami akan membuat ia lebih mudah untuk memiliki sebuah Kia melalui program Kia Value 5 Plus, terutamanya semenjak kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan mengenai program Kia Value 5 Plus ini. Kia Value 5 Plus adalah satu lagi pilihan untuk pelanggan menikmati lebih banyak faedah dengan pembiayaan yang pintar. Sebaik sahaja pemilik Kia mendaftar untuk pakej pembiayaan ini, mereka akan mendapat manfaat daripada ansuran bulanan serendah RM999 sebulan selama tempoh lima tahun.

Dengan tawaran terbaharu ini, pemilik Kia boleh memilih untuk menggunakan pakej kewangan khas ini untuk menurunkan bayaran ansuran bulanan sehingga 40% untuk tempoh lima tahun pinjaman, ” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Dato’ Samson Anand George.

Pakej pembiayaan pintar baharu ini juga memberikan nilai yang berbaloi kepada pelanggan. Selepas lima tahun pemilikan kenderaan Kia, pelanggan boleh menaik taraf kepada kereta Kia baharu dengan nilai perdagangan (trade in) daripada baki yang tinggal menggunakan nilai Kia Value 5 Plus itu.

Kia meraikan tahun 2016 kerana ia merupakan tahun yang penuh dengan kecemerlangan dan penghargaan. Syarikat peneraju penyelidikan pasaran JD Power meletakkan Kia di kedudukan pertama di dalam Kajian Kualiti Awal JD Power US, kedudukan pertama di dalam Kajian Kebolehpercayaan Kenderaan Eropah dan berada di kedudukan empat teratas di dalam Indeks Perkhidmatan Pelanggan JD Power Malaysia.

Sempena musim perayaan yang akan datang, Naza Kia Malaysia akan mengadakan hari Vaganza “Ang Pow” pada 14 dan 15 Januari 2017 di mana pelanggan mempunyai peluang keemasan untuk memiliki model Kia terkini dari hanya RM999 sebulan melalui program Kia Value 5 Plus.

Hadiah eksklusif Tahun Baru Cina dan tawaran istimewa juga menjadi rebutan. Bukan itu sahaja, jaminan lima tahun dan perkhidmatan penyelenggaraan percuma sehingga tiga tahun juga disediakan bagi semua kereta KIA yang dibeli pada hari Vaganza “Ang Pow”.

Post a Comment

 
Top