TIDAK dapat dipisahkan lagi kuih bulan dengan masyarakat Cina yang merupakan makanan tradisional mereka sejak nenek moyang lagi. Cara membuat kuih bulan ini bukannya susah sangat pon, cuma memerlukan masa untuk disediakan. Tapi bagaimana cara membuatnya? Disini saya akan kongsikan satu resepi iaitu 'Resepi Kuih Bulan Yang Simple'. Jom lihat resepi dibawah:

Resepi Kuih Bulan Yang Simple

Resepi Kuih Bulan Yang Simple

Bahan-bahan:
Untuk kulit:-
5 sudu besar madu
3 susu besar minyak kacang tanah
300 gm susu berprotein rendah
1 sudu teh air
1 biji kuning telur/campur setengah sudu kicap pekat

*Untuk inti anda boleh beli pes di kedai bakeri

Cara Membuat:

1-Pertama kali, ayak tepung dan letakkan diatas pencanai. Masukkan madu, minyak kacang tanah dan air sekali.

2-Buat lubang ditengah tepung dan masukkan campuran madu tadi. Kemudian, gaul dan bentukkan menjadi doh yang lembut 

3-Kemudian, tutup doh tadi dengan kain lembap dan biarkan lebih kurang setengah jam

4-Selepas itu, kepalkan doh tadi menjadi bulat yang kecil dan isikan inti dalam doh tersebut. Selepas siap, masukkan dalam acuan yang disediakan

5-Dibakar dalam ketuhar dengan suhu 190 darjah celcius dan dibakar selama 10 minit

6-Selepas dibakar, keluarkan dan sapukan kuih bulan dengan bacuhan telur kuning dan kicap pekat. Masukkan semula dalam ketuhar dan dibiarkan selama 10 minit lagi.

Selamat mencuba dirumah!

Post a Comment

 
Top