MALAM nih saya nak kongsikan satu lagi resepi iaitu Resepi Kuih Siput Yang Rangup. Resepi Kuih Siput Rangup ialah makanan yang popular di masyarakat Malaysia yang sering dibuat terutamanya apabila tiba musim perayaan.

Resepi Kuih Siput Yang Rangup

Sebenarnya nak buat kuih siput nih senangnya. Jom lihat resepi tersebut dibawah!

Resepi Kuih Siput Yang Ranggup

Bahan-bahan:

600 gm tepung gandum
6 tangkai daun kari
15 gram udang kering (digoreng dan dikisar)
15 gram serbuk jintan manis
15 gram serbuk jintan putih
220 gram marjerin
1 biji telur
2 tangkai daun kari (cincang)
150 ml air
Garam secukup rasa2
Ulas bawang putih

Cara Membuat Kuih Siput:

1. Cairkan marjerin dan gaul tepung bersama marjerin tadi

2. Kisar bawang putih dan udang yang sudah digoreng tadi dan dalam satu bekas. Kemudian, campurkan bahan kisar bersama garam dan gaul hingga rata.

3. Gaul rata dan masukkan telur kedalam adunan tadi kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga betul-betul sebati. Campurkan dengan bahan kisar tadi dan uli hingga menjadi adunan doh yang kental.

4. Cubit sedikit adunan dan gentel bagi bulat kemudian tenyeh diatas papan.

5. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng dengan api sederhana.

6. Akhir sekali, bila sudah masak angkat dan toskan.

Selamat mencuba!

Post a Comment

 
Top