TAHUKAH anda tentang jangka hayat sesebuah tayar? Mesti anda tidak pernah ambil tahu kan! Tayar adalah antara bahagian paling penting untuk sesebuah kenderaan. Disini saya akan kongsikan tips memilih tayar kereta dengan cara betul.

Tips Memilih Tayar Kereta Dengan Cara Betul

Bilakah anda patut tukar tayar?

Kekerapan menukar tayar sebenarnya bergantung kepada cara dan gaya pemanduan anda sendiri. Secara umumnya, penggunaan tayar yang kerap memerlukan gantian tayar setiap 2 atau 3 tahun dan paling maksimum penggunaan tayar adalah 5 tahun. Apa terjadi sekiranya tayar anda tidak ditukar walaupun sudah melebihi 5 tahun? Bunga tayar anda kemungkinan sudah nipis dan kualiti tayar yang sudah keras! Tayar yang sudah 5 tahun dikategorikan sebagai tayar yang 'Expired'.

Semak ketebalan bunga tayar anda

Cara biasa yang digunakan untuk mengukur ketebalan bunga tayar adalah dengan menggunakan duit syilling 20 sen. Bagaimana caranya? Anda perlu meletakkan duit syilling 20 sen pada celahan bunga tayar dan hanya perhatikan perkataan 'SEN' pada duit 20 sen timbul atau tidak. Sekiranya perkataan 'SEN' kelihatan sepenuhnya, bermakna tayar anda sudah 'Botak' dan perlulah ditukar segera.

Semak kod tayar kereta

Setiap kod dan nombor pada tayar memberikan maksud yang tertentu. Bagaimana cara untuk mengetahuinya? Pada tayar anda, akan kelihatan 4 nombor disisi tayar misalnya 0416 menunjukkan minggu keempat dalam tahun 2016 dari tarikh pengeluaran tayar. Dari sinilah anda boleh mengetahui jangka hayat tayar anda supaya tidak melebihi 5 tahun.

Semoga bermanfaat kepada anda!




Post a Comment

 
Top