BAGI anda yang suka pergi melancong atau bercuti terutama pada waktu cuti. Anda patut kunjungi tempat menarik yang ada di Ipoh. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tempat menarik yang ada di Ipoh, Perak. Di Ipoh, pelbagai tarikan pelancongan yang menarik selain mempunyai tempat makan yang superb.

                  5 Tempat Menarik Bercuti di Ipoh, Perak

5 Tempat Menarik Bercuti di Ipoh, Perak

1-Lost World of Tambun

Siapa tak tahu dengan keunikan tempat yang ada di Lost World of Tambun. Mempunyai pelbagai tarikan seperti tema air, kolam air panas, lost world petting zoo, tiger valley dan lain-lain lagi.

2-Taman Rekreasi Gunung Lang

Merupakan sebuah taman rekreasi yang paling popular di Ipoh, Perak. Di taman ini terdapat tasik yang dikelilingi dengan bukit batu kapur. Memang cantik pemandangan ada disini!

3-Gerbang Malam

                    Image result for gerbang malam

Gerbang Malam amat familiar bagi pengunjung di sini. Gerbang Malam merupakan sebuah pasar malam yang menempatkan pelbagai gerai barangan. Menjadi salah satu tarikan pelancongan pada waktu malam.

4-Pasar Karat

Sebuah pasar yang juga dikenali sebagai Memory Lane. Bagi anda yang gemar barangan antik atau klasik, anda patut datang ke Pasar Karat dengan harga yang berpatutan. Memang tak rugi ahh datang ke sini.

5- Art of Old Town

                    Image result for Art of Old Town

Apa yang menarik disini terdapat beberapa lukisan mural dinding yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic yang terletak tidak jauh dari Pusat Maklumat Pelancong, Ipoh. Sesuai sebagai destinasi lawatan untuk bergambar dan melihat keunikan mural di sini yang kebanyakannya menceritakan tentang budaya dan tradisi orang Ipoh.

Bagi anda yang suka melancong, disinilah destinasi yang patut anda kunjungi! Selamat melancong!

Post a Comment

 
Top